Sepasang Mata yang Tercipta
Assalamulaikum.
Hey, guys. I'm back. Miss me? You must. Lol. My trial is quite tough. But overall, I think I had done my best. Today, I wanna share an article that I read in Gen-Q magazine. Just read and feel it =)
MATA 1: Deras sekali air mata engkau mengalir, mengapa engkau menangis?
MATA 2: Lelaki itu tidak setia. Habis madu sepah dibuang. Mata 3, engkau juga senasib denganku?
MATA 3: Oh, tidak. Tuan aku sedang menghayati filem Hindustan. Sekarang sedang klimaks cerita.
MATA 4: Ah, tuan aku gagal dalam peperiksaan! Ini bukan kali pertama dia gagal. Dia benar-benar kecewa.
Sepasang mata yang menangis. Mengapa air mata mengalir? Kecewa kerana putus cinta? Gagal dalam peperiksaan? Kehilangan duit? Tidakkah kita menangis kerana menyesali dosa-dosa? Sebenarnya, bukan rendah darjat orang yang menangis. Ternyata Baginda S.A.W lebih banyak menangis daripada ketawa. Baginda menangis kerana memikirkan kekurangan ibadah, walaupun terpaksa berlapar perut dan luka-luka di kaki akibat beribadah. Baginda juga menangis kerana risaukan iman umatnya yang kerap goyah. Dan yang pasti Rasulullah menangis lantaran takut kepada Allah.
Menangislah kerana rasa kerdilnya menjadi hamba. Itu lebih baik daripada menangis kerana rendahnya darjat berbanding manusia yang berpangkat. Menangislah kerana bimbang hilang cinta Ilahi daripada hilang cinta teman lelaki atau teman wanita. Dan rupa-rupanya Allah suka apabila manusia menangis kerana itu menghubungkan manusa dengan Dia! Maka, semak semula atas sebab apa air mata kita mengalir ?
Comments